Mengenali species orkid
menerusi bunga
POKOK orkid atau orchidaceae adalah keluarga bunga yang banyak perbezaan pada bentuk dan rupa pokok. Ada 808 spesies orkid di Malaysia yang boleh dikenali menerusi bunga.Bunga orkid adalah daripada sepal, petal, stamen dan pistil yang mempunyai daun urat selari. Gabungan stamen dan pistil dinamakan kolum. Di bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal manakala di sebelah dalamnya pula terdapat dua kelopak petal. Kelopak petal ketiga berubah bentuk menjadi labelum atau bibir. Kolum mengandungi cepu debunga di bahagian atas, stigma di bahagian tengah dan benang sari di bahagian bawah. Debunga terletak dalam pundi yang dipanggil polinia dalam bilangan yang genap 2-12. Ovari terletak bawah sepal dan berfungsi sebagai tangkai bunga atau pedisel. Setelah persenyawaan, ovari akan membesar menjadi buah orkid yang mengandungi biji benih.

Bentuk batang orkid berkait rapat dengan cara pertumbuhan
pokok orkid sama ada orkid simpodium atau orkid monopodium. Cara pertumbuhan
orkid juga digunakan sebagai satu ciri yang dilihat untuk menentukan genus
orkid. Orkid simpodium boleh tumbuh sama ada di atas pokok (epifit) atau atas
tanah (terestrial). Batang pokoknya berbentuk seperti bebawang semu, menjalar
dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Bebawang semunya panjang
beruas-ruas atau pendek tanpa ruas. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang
semu manakala tunas baru pula akan mengeluarkan bunga apabila matang. Bebawang
semu tua akan mengeluarkan tunas baru di pangkal rumpun sebelum mengecut dan
mati. Genus-genus orkid komersil yang terdapat di dalam kumpulan simpodium
ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium. Penghasilan bunga banyak bergantung
kepada keadaan ‘photoperiodic’ dan suhu sekitaran. Untuk orkid Dendrobium,
Oncidium, Cattleya dan Phalaenopsis, pokok akan terangsang untuk berbunga
selepas terdedah kepada masa gelap/malam yang panjang. Oleh itu, pokok orkid
jenis tersebut perlu naungan untuk menggalakkan pengeluar orkid jenis Aranda,
Aranthera, Arachnis, Mokara, Renanthera dan Vanda akan hanya terangsang
mengeluarkan bunga setelah di dedahkan kepada matahari sepenuhnya. Oleh itu,
orkid jenis ini tidak memerlukan naungan pada peringkat matang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan