bermula tengok rakan mama kat fb yang menayang koleksi orkid masing2...
terasa seronok bila melihat pelbagai jenis cattelya,vanda , butterfly yang dipaparkan cantik2 belaka.
mama terus mengikuti perbualan, perbincangan dalam group . banyak ilmu yang mama dapat... maka bermulalah episod untuk menanam orkid pula.
kemudian mama joint pula group jualan orkid murah... hahaha... mama dah mula jatuh hati. sungguh. mama benar2 jatuh hati. keinginan untuk membeli terus meluap2.
Esoknya mama gi nursery memberi 2 pasu orkid yang telah berbunga. mama bawa balik umah. mama belai pokok orkid untuk dua tiga hari. namun keseronokan seakan2 hilang. mama pelik. kenapa ya.
malamnya macam biasa mama rolling lagi fb. Tengok gambar2 orkid yang ditayang oleh pencinta orkid, tetiba mama terjumpa dengan orang yang menjual orkid hutan. emmmm nampak maam menarik jer. lagi menarik bila tengok harganya. wowww.... mahal ooo
namun satu semangat mula membara , kepuasan bagi seorang pecinta orkid ialah apabila pokok yang ditanamnya berbunga... kata2 itu muncul dalam perbualan rakan2... mama memang suka cabaran... maka inilah masanya. justeru mama nak mula dari a.... beli keratan, bilah dan sebagainya, dan tanam dengan cara sendiri... ini barulah cabaran...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan