Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang
mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan
genus dan spesies.
Terdapat lebih daripada 111 genus dan 808 spesies orkid di
Malaysia. Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar,
daun dan batangnya. Walau bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang paling
sesuai digunakan atau dilihat untuk mengenalpasti genus tanaman orkid. Secara
umum, orkid komersil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar,
iaitu orkid simpodium dan monopodium.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan